Sejarah

TIGA PERPUSTAKAAN MENJADI SATU

Perpustakaan KYPJ mula beroperasi pada Februari 2016 setelah digabungkan daripada 3 Perpustakaan yang berada di setiap kolej yang menjalankan kursus peringkat diploma di bawah KYPJ iaitu Kolej Islam Johor, Institut Teknologi Perindustrian dan Institut Hospitaliti YPJ.

Mula berpindah ke Kampus Baru pada penghujung Januari 2016 dan mula menawarkan perkhidmatan kepada para pelajar dan staf KYPJ, pada pertengahan Februari 2016 dengan bilangan staf seramai 4 orang dan kini bertambah seramai 6 orang di atas keperluan yang semakin meningkat dan bagi menyediakan perkhidmatan kaunter yang lebih efisien.