Peraturan & Garis Panduan

Home / Peraturan & Garis Panduan

PERATURAN PERPUSTAKAAN

  • Matikan atau “silent mode” telefon bimbit anda.
  • Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman.
  • Tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu pelajar lain.
  • Setelah selesai menggunakan buku rujukan, sila letak di troli yang disediakan.
  • Tidak dibenarkan mengalihkan perabot dari tempat asalnya.
  • Sila masukkan dan susun semula kerusi yang telah digunakan.
  • Jika memerlukan pertolongan atau menghadapi sebarang masalah, sila berjumpa dengan staf di kaunter.

 

ETIKA PEMAKAIAN

LELAKI

  1. Hendaklah sentiasa memakai kad matrik.
  2. Memakai pakaian yang kemas iaitu kemeja lengan panjang atau pendek, t-shirt berkolar atau berbaju melayu yang lengkap juga baju batik yang kemas.
  3. Seluar Slack, berkasut dan memakai stokin.
  4. TIDAK dibenarkan memakai T-shirt berleher bulat dan berseluar Track ketika berada di perpustakaan.
  5. DILARANG memakai selipar.
  6. DILARANG memakai subang, gelang atau rantai

 

PEREMPUAN

  1. Hendaklah sentiasa memakai kad matrik.
  2. Memakai pakaian yang menutup aurat seperti baju kurung atau jubah, T-shirt berlengan panjang yang tidak ketat atau jarang.
  3. Memakai tudung yang menutup aurat (pelajar muslim).
  4. DILARANG memakai selipar.