Keahlian

Home / Keahlian

Pekeliling Peraturan Umum

Pengguna perlu mendaftar sebagai ahli untuk membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan pinjaman yang disediakan oleh perpustakaan. Nombor kad matrik pengguna merupakan ID Pengguna manakala nombor kad pengenalan pengguna digunakan sebagai kata laluan. Pengguna juga perlu menampilkan kad matrik ketika membuat urusan pinjaman dan pemulangan dan setiap bahan yang dipinjam merupakan tanggungjawab pengguna sehingga ianya dikembalikan semula ke pihak perpustakaan. Bahan pinjaman perlu dipulangkan atau diperbaharui sebelum tempoh pinjaman tamat. Setiap pinjaman tertakluk untuk pemulangan dan mesti dipulangkan apabila diminta untuk berbuat demikian.

Untuk perkhidmatan mencetak dan fotokopi, pengguna perlu mendaftar kad pengenalan di kaunter aras bawah perpustakaan dengan kadar minimum tambah nilai sebanyak RM 5.00.