IT Fasiliti

Pihak Perpustakaan Tun Sri Lanang menyediakan perkhidmatan IT. Antara perkhidmatan IT yang disediakan adalah seperti:

1. Perkhidmatan komputer dan internet.

  • Perkhidmatan komputer ini boleh di dapati di aras G. terdapat sebanyak 15 buah komputer yang mempunyai sambungan internet yang boleh digunakan oleh para pelajar.

2. Perkhidmatan komputer OPAC.

  • Perkhidmatan komputer OPAC boleh di dapati di aras satu (1) dan aras dua (2). fungsi komputer OPAC ini adalah bagi membantu para pelajar dalam pencarian buku di dalam perpustakaan. dengan menggunakan sistem OPAC yang di sediakan di aras satu (1) dan aras dua (2) maka pencarian buku akan menjadi lebih mudah.

3.Perkhidmatan mesin photostat dan percetakan.

  • Perkhidmatan ini terdapat di aras bawah (g) dan di aras dua (2). Tatacara manual penggunaan mesin ini telah di tampal berhadapan dengan dinding terletaknya mesin ini. Penggunaan  mesin ini di kenakan caj melalui tambah nilai yang terdapat di dalam kad pengenalan pelajar dan tidak melakukan pembayaran di kaunter.